FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH DAN KESAN TERHADAP DI TANAH MELAYU

PERKEMBANGAN GETAH TERHADAP DI TANAH MELAYU 


PENGHARGAAN 

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniah-nya dapat kami menyiapkan assigment kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Nur Angriani selaku guru mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami, buat semua kawan-kawan kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan kerja lapangan kami kali ini. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekirannya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan.

PENDAHULUAN 

Perusahaan getah di tanah melayu telah bekembang dengan pesat pada pertengahan tahun 1890an. getah ini diusahakan secara ladang dan berkembang pesat sehingga menjadi tanaman dagangan yang utama selepas perang dunia pertama. oleh itu, terdapat beberapa faktor perkembangan perusahaan getah di tanah melayu yang dapat dilihat secara langsung.



FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN GETAH DI TANAH MELAYU 

PERANAN HN.RIDLEY

Salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan getah di tanah melayu ialah sumbangan hn.ridley. pada 1888, hn.ridley telah dilantik sebagai pengarah botanical di singapura. setelah perlantikan tersebut beliau telah bertindak aktif dalam usaha menggalakan penanaman getah di tanah melayu. hn.ridley menyedari bahawa keadaan iklim dan bentuk muka bumi di tanah melayu sangat sesuai untuk penanaman getah secara besar-besaran. oleh itu, bagi menjayakan usaha ini hn.ridley telah memperkenalkan baka getah jenis hivea brasillensis kerana sesuai dengan iklim di tanah melayu. beliau juga turut memperkenalkan cara torehan terbaik iaitu torehan tulang ikan herring untuk menghasilkan getah yang banyak tanpa merosakkan pokok getah.

KEJATUHAN HARGA KOPI

Selain itu, kemerosotan dan kejatuhan harga kopi di pasaran dunia turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana menjelang tahun 1980an pokok-pokok kopi telah diserang penyakit akibat daripada serangan kupu-kupu hackward. keadaan ini telah menyebabkan kegagalan penanaman kopi dan selepas tahun 1895, harga kopi telah jatuh teruk akibat daripada penawaran yang berlebihan dari negara-negara barat khususnya dari brazil. fenomena ini menyebabkan penduduk di tanah melayu berpaling kepada penanaman getah bagi menggantikan perusahaan kopi.

PERMINTAAN TINGGI GETAH

Seterusnya, permintaan tinggi getah dari negara-nagara barat turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana, pada 1889 telah berlakunya perkembangan revolusi perindustrian di eropah yang melibatkan industri perusahaan kereta. keadaan ini telah menyebabkan berlakunya permintaan tinggi getah untuk membuat tayar kereta. getah juga diperlukan dalam perusahaan membuat peralatan eletrik dan juga kasut. oleh itu, dengan berlakunya perningkatan harga getah ini orang eropah dan cina telah mengusahakan getah secara ladang dan kebun-kebun kecil.

PERANAN BURUH-BURUH INDIA

Peranan buruh india amat penting dalam mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana  pembukaan ladang-ladang getah telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada orang-orang india.kestabilan harga getah telah menjadi pendorong kemasukan lebih banyak buruh india melalui sistem kontrak dan kangani.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Seterusnya, kemudahan infrastruktur turut menjadi salah satu faktor perkembangan perusahan getah di tanah melayu. antara kemudahan infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak british di tanah melayu adalah seperti pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan sistem komunikasi. pembinaan kemudahan infrastruktur ini mampu memudahkan pengangkutan getah untuk dieksport, kemasukan tenaga kerja dan sebagainya.

PENUBUHAN INSTITUT PENYELIDIKAN GETAH

Institut penyelidikan getah telah ditubuhkan pada 1926 di tanah melayu. institut ini ditubuhkan bertujuan untuk membaiki mutu bagi memastikan peningkatan kadar pengeluaran getah. institut ini juga bertanggungjawab membuat penyelidikan seperti pencantuman tunas, rawatan tanah dan mencari cara penghasilan getah yang lebih banyak. melalui penubuhan institut ini, beberapa kejayaan telah berjaya dicapai antaranya seperti kaedah penanaman yang saintifik, kaedah torehan yang betul, cara pengawetan susu getah serta cara penghasilan baja kimia yang mampu menyuburkan tanah dan menghasilkan susu yang lebih banyak.

KEMASUKAN PELABUR ASING

Seterusnya, kemasukan pelabur-pelabur asing turut mendorong perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. kemasukan pelabur-pelabur asing ini adalah melalui syarikat-syarikat yang mendapat modal dari penjualan saham di london. keadaan ini membolehkan mereka membuka ladang-ladang getah yang lebih besar dengan kemampuan mengurus, mengawal ladang getah serta mengurus aktiviti pengeksportan getah yang lebih cekap.


KESAN PERKEMBANGAN GETAH DI TANAH MELAYU 

MEWUJUDKAN DWIEKONOMI

Dari sudut pandangan ekonomi, gambaran penanaman sap dan klasifikasi bijih timah telah merangkumi dua bahasa di Tanah Melayu. Dwiekonomi berhasrat untuk membentuk dua bentuk ekonomi pada masa yang sama dagangan diri ekonomi dan ekonomi. Ekonomi yang mengekalkan diri sendiri adalah aktiviti ekonomi yang dijalankan untuk kegunaan sendiri dan keluarga tanpa hasil yang lebih. Sebagai contoh, pertanian dan perikanan. Apabila barangan ekonomi adalah aktiviti ekonomi yang berorientasikan keuntungan dan dijalankan secara besar-besaran. 

KETIDAKSEIMBANGAN PERKEMBANGAN EKONOMI

Kesan kedua penanaman resin dan bijih timah dari aspek ekonomi adalah ketidaksamaan pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu terdiri daripada banyak negara dan tidak semua negara mempunyai bijih timah dan tidak semua tanah itu sesuai untuk penanaman sap. Keadaan ini menyebabkan British hanya menumpukan perhatian kepada negara-negara yang mempunyai bijih timah dan tanah yang sesuai untuk penanaman sap. Apabila negara-negara yang tidak mempunyai bijih timah tidak mendapat perhatian dan tidak terbangun oleh pihak British.


LATAR BELAKANG

Pihak British ketika di Tanah Melayu memberikan penekanan terhadap sektor pertanian yang berasaskan eksport. Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British pada zaman sebelum merdeka. Antara tanaman komersial yang digalakkan oleh British di Tanah Melayu, termasuk Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 termasuklah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau dan kopi. Pada abad ke-20, pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.


Pokok getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal. Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.

Permintaan yang tinggi terhadap getah bermula selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Industri kereta contohnya amat memerlukan getah sebagai medium utama dalam pembuatan tayar. Bagi memenuhi permintaan ini, tanaman getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah ditanam di halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan. Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai, iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak merosakkan pokok.

Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Perusahaan ini juga bertambah pesat kerana disokong oleh kemasukan modal asing, iaitu modal milik pelabur Eropah. Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu. Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah Harrisons and Crosfield, Boustead Butterfly Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

KESIMPULAN

Perusahaan getah mampu meningkatkan perkembangan ekonomi dan sosial di tanah melayu khasnya sumber pendapatan bagi membaiki sistem perhubungan dan perkhidmatan sosial. perusahaan ini juga turut mendatangkan pelbagai faedah seperti mewujdkan peluang pekerjaan dan membaiki taraf hidup masyarakat.

SUMBER RUJUKAN 

http://anakposmen.blogspot.my/2011/06/sejarah-penanaman-getah-di-tanah-melayu.html    



LAMPIRAN 


  


Comments

Post a Comment